Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai akan tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa bermula hari ini.

Kali ini, penonton bakal dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.

Gempak senaraikan lima sebab kenapa anda perlu menonton Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa.

1. Barisan pelakon yang tular

Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin,, Nazeeera Sardi, Joey Daud, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Tidak dilupakan watak viral Yah Kuchei yang dilakonkan oleh Afea Deana. Bukan setakat berlakon, malah mereka semua akan menunjukkan bakat menyanyi!

2, 10 Lagu malar segar paling top!

Sebanyak 10 lagu yang terdiri daripada lagu raya dan lagu top popular akan dipersembahkan di dalam filem muzikal ini. Antara lagu-lagu tersebut adalah Cahaya Di Aidilfitri, Halaman Asmara, Belaian Jiwa, Pantun Budi, Selamat Hari Raya, Kekasih Awal Dan Akhir serta banyak lagi.

3. Karya Mamat Khalid yang dinanti-nantikan

Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton menantikan apakah filem seterusnya yang dibawakan boleh sutradara tersohor ini.

Menurut Mamat Khalid, dia mahu mengembalikan nostalgia dan memori lebaran memandangkan tahun ini negara menyambut Aidilfitri dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Penampilan istimewa yang meletop!

Edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

5. Jalan cerita yang mencuit hati

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.