Penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa mula berjinak dalam bidang penerbitan setelah sepuluh tahun bergelar penyanyi.

Memetik laporan liputan6, Rossa kini menggalas tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif sebuah mini siri bertajuk Masih (Cinta) Terbaik.

Menurut Rossa, minatnya yang mendalam terhadap drama Korea merupakan penyebab untuk dia menghasilkan mini siri sendiri.

"Saya menyukai drama Korea, oleh sebab itu saya mahu hasilkan cerita sendiri dengan pelakon yang memiliki kriteria tertentu.

"Agak susah dan gementar kerana ini pertama kali saya terlibat dalam bidang penerbitan, masih banyak perkara yang perlu saya belajar," katanya.

Tambah Rossa, dia juga terlibat dalam proses pembetulan skrip mini siri tersebut.

"Saya belajar banyak juga, 'casting' telah diadakan untuk proses penyesuaian watak, selain itu, saya juga kerap meminta skrip dan dialog untuk dibetulkan," tambahnya.

Sekadar info, mini siri Masih (Cinta) Terbaik mengisahkan pasangan yang baru meraikan ulang tahun pertama hubungan mereka, namun mereka telah terpisah disebabkan jarak.

Sumber : liputan6.com