Dengan tagline ‘Kau Belum Kenal Aku Siapa’, Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D) merupakan sebuah filem yang memaparkan kisah remaja menjejaki entiti paranormal.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Faisal Ishak ini telah menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September (hari ini).

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Izzue Islam, Alif Satar, Juliana Evans, Kaka Azraf dan Hasnul Rahmat.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh para pelakon dan juga kru produksi sewaktu proses pembikinan filem tersebut.

Di sini Astro Gempak kongsikan trivia menarik sepanjang penggambaran filem AD7D:

1.Lokasi penggambaran bagi filem ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan sekitar Lembah Klang.

2.Lagu tema utama file mini bertajuk Hilang nyanyian kumpulan Modescape manakala lagu tema kedua, Kudrat merupakan dendangan Kaka Azraff.

3.Merupakan filem terakhir untuk Shahrulnizam @ Syarified (jurusolek kesan khas). Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir sehari selepas hari terakhir penggambaran AD7D.

4.Arwah Syarified juga sempat menyiapkan semua topeng kesan khas sebelum jatuh rebah dan dibawa ke hospital.

5.Beberapa kejadian pelik berlaku ketika penggambaran antaranya kru produksi ternampak lembaga berdiri berdekatan lampu teknikal.

6.Mereka juga terampak beberapa lembaga berterbangan di atas khemah ketika kru produksi sedang mengadakan perbincangan pada jam 5.00 pagi.

7.Teknik Kesan Khas Visual (CGI) yang digunakan dalam AD7D adalah sebanyak 30%.

8.Kebanyakkan babak aksi dalam AD7D dilakukan sendiri oleh para pelakon termasuklah pelakon cilik.

9. Secara realiti watak Naim yang dibawa oleh Alif Satar sedikit sebanyak menyamai dirinya.

10. AD7D juga diterbitkan dalam bentuk novel grafik.