Hiburan
"12 Jam Di Bilik Bersalin Menunggu Untuk 'Dilation' .." - Elfira Loy Kongsi Pengalaman Bersalin
Pelakon Elfira Loy berkongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Menurut Elfira ia bukan satu proses yang memudahkan namun bersyukur kerana diberi peluang untuk mengecapi memori tersebut.
"Cerita ringkasan labour haritu: 24 hours of labor contraction at home (every 5 mins)
"6 jam berada di bilik hospital, 12 jam di bilik bersalin menunggu untuk dilation. 30 mins of labor . Ia tidak mudah.
"But Alhamdulillah, Terima kasih Allah untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Kerana itu, saya masih ingat surah yang saya buka dan membuat saya lebih kuat untuk mengharungi kesakitan," tulis Elfira.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy turut berkongsi petikan surah yang menjadi pegangannya dalam kehidupan.
"Surah Al Baqarah , Ayat 45 : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
"I survived because I hold on to this surah. Berpegang kuat padanya, memohon pertolongan Allah. Sometimes, you’ll find something good, something better thru pain.
"Sama macam melahirkan anak, sakit. Tapi bila melihat kebesaran Allah, hilanglah sakit," kongsinya.
Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.