"14 Jam Mengacara, Memang Mencabar...Takkan Lupa" - Iedil Putra
Fiza Kamarudin
23/11/2021 10:15 MYT
23/11/2021 10:15 MYT
Pelakon Iedil Putra berkongsi pengalamannya sebagai pengacara ketika mengendalikan festival TAPAUfest dari Jakarta, Indonesia.
Iedil berkata, pengalaman mengacarakan program tersebut bersama pelakon Sharifah Amani agak mencabar tambahan lagi ia berlangsung selama 14 jam.
Katanya, walaupun dia dan Sharifah Amani merupakan hos bersama tetapi pasangannya itu berada di Kuala Lumpur.
“Mula-mula saya tak terfikir yang event tu 14 jam dan hos kena stand-by dari pagi sampai malam.
“Antara yang saya tak boleh lupa ialah, ketika live streaming server down. Padahal malam sebelum tu masa kami test semua okay, tak ada masalah.
“Panik juga sebab kita fikirkan tentang penonton yang dah ramai masuk nak tengok TAPAUfest.
“Masa tu dah fikir…habislah orang tak boleh nak tengok TAPAUfest pagi tu. Dalam tiga jam juga delay dan beberapa program dianjakkan masa.
“Tetapi sebagai hos kami standy-by dan sementara itu kami bersiaran di Instagram Live dulu. Mujur saya dan Nani (Sharifah Amani) dah ada chemistry sebab dah biasa bekerja sama,” katanya.
Bagaimanapun kata Iedil dia telah banyak menimba pengalaman dalam menjalankan tugas pengacaraan di negara jiran dan secara maya.
“Walaupun ada berlaku masalah teknikal di awal acara, kami sudah lakukan yang terbaik dan enjoy sepanjang bekerja.
“Ia adalah pengalaman berharga buat pasukan TAPAUfest terutama dalam membawa objektif mencipta pengalaman festival secara dalam talian dengan penerapan norma baharu, namun tetap menjunjung suasana sebenar festival.
“Dan yang penting kita dapat buat festival secara online melibatkan tiga negara dilengkapi persembahan secara live dan Alhamdulillah semua orang gembira dan belajar sesuatu yang baru.
Festival TAPAUfest yang berlangsung pada 30 Oktober lalu berjaya menghimpunkan pembikin karya indie dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang menyatukan komuniti untuk bersama menyahut #lifeislive.
TAPAUfest menyajikan tiga komponen utama iaitu Pentas merangkumi persembahan muzik secara langsung, Bengkel (peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan Layar (tayangan perdana produksi secara langsung).
Ia membabitkan persembahan band dan penyanyi dari tiga negara berkenaan seperti Zee Avi, No Good, Plague Of Happiness dan Gard Wuzgut dari Malaysia, Forests, Force Vomit dan Subsonic Eye dari Singapura, manakala dari Indonesia pula Fleur, Sore dan The Panturas.
Ini termasuk bengkel seperti Sarapan Untuk Juara oleh Gogon dari Indonesia, Huruf Boon (Boon Baked-Singapura), Scream & Growl #101 (Bear-Malaysia) serta tayangan dokumentari Masa-Plague Of Happiness dan Ipoh City Slackers oleh Nik Syazwan dan Zim Ahmadi.