Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

Umirah Halim
19/07/2024 08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 14 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.

Anugerah berprestij tersebut mengetengahkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia, ContentAsia Awards.

14 karya tercalon

Jom Gempak kongsikan 14 karya hasil keluaran Astro yang berjaya tercalon di ContentAsia Awards:

1. Drama/Siri Peringkat Pendek Asia Terbaik
- Hype Hafiz (Astro Gempak)
- ⁠The Mosque Kiblatku (Astro Gempak)

2. Reka Bentuk Bunyi Terbaik untuk Program/ Siri TV Asia
- Ayiem Ismail untuk drama ID

3. Lagu Asal Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia
- Ayuh OST (PE3)

4. Siri Drama Terbaik yang dibuat untuk Pasaran Tunggal di Asia
- Gamers Mangkuk

Imbas semula, pada tahun lalu Astro berjaya merangkul lima anugerah pada ContentAsia Award ke-4 di Bangkok.

ARTIKEL BERKAITAN: MIFFest 2024: Zul Ariffin Antara Juri, Hirokazu Kore-eda & Christine Hakim Pula Bakal Terima Anugerah Pada Malam Kemuncak

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalana

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 Kisah Kejayaan Telah Diraikan, The Knights Award Kembali Untuk Musim Ke-3

ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan

BERITA TRENDING: Haram Memiliki ‘Sex Toys’ Di Malaysia, Wanita Ini Didenda Gara-Gara Simpan 102 Alat Permainan Seks!

Astro membawa pulang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya.

Tahun lalu menyaksikan pelakon Naim Daniel menerusi Projek High Council dalam kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.

Selain itu drama Liar, adaptasi format TV (Skrip) terbaik di Asia, yang merangkul anugerah perak, program bual bicara terbaik Asia, Next To Neelofa musim kedua, Lagenda Puteri Qaseh untuk program TV kanak-kanak terbaik Asia serta Lebai Sampan bagi filem dan telemovie terbaik Asia masing-masing membawa pulang gangsa.

#Astro #Asia #Awards #Calon #Content #Tercalon #2024