Usahawan dan pempengaruh, Aleeya Zailan akui terkejut apabila dinobatkan sebagai juara anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month pada 5 Jun lalu.


Terharu dinobat sebagai penerima Wonda Coffee Keluang Man Of The Month bagi bulan Mei

Menurut Aleeya, dia sendiri tidak tahu dirinya tercalon dan berterima kasih kepada orang ramai yang mengundi.

“Saya tak tahu pun dicalonkan, pekerja saya yang beritahu, jadi terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong dan mengundi saya.

“Masa dapat tahu memang saya terkejut sangat. Eh saya tercalon ke? Saya menang ke?

“Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka akan ada anugerah seperti ini tetapi rupanya memang wujud.

“Sekali lagi saya ingin berterima kasih dan jangan lupa setiap bulan akan ada pencalonan baru untuk Wonda Coffee Keluang Man of The Month.

“Nanti anda semua boleh mengundi dan memberi sokongan untuk pempengaruh yang lain pula,” katanya kepada Gempak

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Kemuliaan Hati Aleeya Zailan Masak Untuk Orang Ramai


Mahu terus lakukan kebaikan

Dalam pada itu, Aleeya juga memuji penganjuran anugerah seperti ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa ikhlas membantu orang lain.

“Saya rasa bagus juga diadakan anugerah seperti ini, sebab ramai juga diantara kita yang suka melakukan kebaikan.

“Jika ditanya sampai bila saya mahu melakukan kebaikan, semestinya sehingga hujung nyawa saya. Kalau boleh kita nak rebut pahala.

“Sebab manusia ini tidak sempurna, kita pun bukanlah baik sangat jadi kena cari jalan yang boleh menyumbang ke arah kebaikan dengan ikhlas.

“Secara perlahan-lahan saya rasa semua orang pun mahu berubah ke arah kebaikan berbanding dengan diri yang dahulu,” ujarnya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain Aleeya, tiga calon lain adalah Saharuddin Amirullah, Lee Weng Foong dan Aliff Ahmad.

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.

Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.

Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted.

Untuk pencalonan bulan Jun pula, tiga nama yang tercalon adalah XYZ Team, Yayan dan Jiu Ming Ge.

ARTIKEL BERKAITAN: Undian Dibuka, XYZ Team, Yayan & Jiu Ming Ge Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Kena Sakit Jiwa” - Uncle Kentang

ARTIKEL BERKAITAN: Lando Jadi 'Adiwira' Selamat Nyawa Pengguna Jalan Raya

Undian dibuka bermula Rabu, 11.00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10.30 malam setiap akhir bulan.

Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.

Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted.

Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.