Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

15 Tahun Belajar Bahasa Melayu, Rahsia Dua Beradik Warga China Ini Raih Pelanggan Di Beijing - "Kalau Menguntungkan Mengapa Tidak..."

Gempak 09/01/2025 | 21:55 MYT

Dalam kesibukan di sebuah pasar Pearl yang terletak di Beijing, kedengaran suara wanita memanggil pelanggan, “mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti”.

Mustahil rakyat Malaysia menjadi penjual di situ. Apabila didekati suara itu, kelihatan dua orang warganegara China sedang bertungkus lumus menarik hati pelanggan.
Wanita berkenaan yang menjalankan perniagaan menjual barangan rumah seperti cadar dan alas meja mengatakan bahawa keupayaan berbahasa Melayu bukan sahaja boleh memudahkan urusan perniagaan malah dapat membina hubungan yang lebih erat dengan individu dari negara Malaysia.
“Urus niaga menjadi lebih mudah dan menguntungkan kerana pelanggan tertarik apabila mendengar peniaga asing seperti kami berkebolehan berbahasa Melayu.

“Sebab itu saya sentiasa menggalakkan peniaga di sini mempelajari bahasa Melayu dan bukannya menumpukan perhatian kepada bahasa Inggeris semata-mata.

“Jika belajar bahasa Melayu boleh membawa keuntungan dalam perniagaan, mengapa tidak mempelajarinya?” kata Fatima.

Pelanggan Malaysia

Adik-beradik itu mula mempelajari bahasa Melayu secara tidak formal kira-kira 15 tahun lalu apabila kedai mereka sering menerima pelanggan dari Malaysia.
Sedikit demi sedikit mereka mempelajari beberapa perkataan pendek sehingga lama-kelamaan pandai membuat ayat panjang yang lengkap.

BERITA TRENDING: ahalini Hamil 7 Bulan, Mohon Maaf Pada Rizky Febian

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Masih Diberi Kesempatan, Fairuz Selamat Bersyukur Masih Kekal - “Saya Takut Nak Buat…”

BERITA TRENDING: Anggap Mierul Aiman Pelakon ‘Sempurna’, Alif Satar Teringin Nak Bekerjasama - “Dia Seorang Yang..."

BERITA TRENDING: Ada Sebab Jay Iswazir Lama Berdiam Diri, Tetap Mahu Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf - "Bukan Nak Larikan Diri Tapi..."

Selain daripada itu, kelebihan bertutur dalam bahasa Melayu memberi impak positif apabila dapat membina hubungan yang baik dengan ejen di Malaysia dan Indonesia sekali gus mengembangkan potensi perniagaannya.
Sumber: Sinarplus

#Malaysia #China #Belajar #Melayu #Bahasa #Pelanggan #Raih #Warga
;