Hiburan
Mahalini Hamil 7 Bulan, Mohon Maaf Pada Rizky Febian
Mahalini dan Rizky Febian sedang berbahagia kerana bakal menjadi ibu dan bapa kepada bayi yang dikandung penyanyi lagu Sial tersebut.
Malah, keduanya akan mendapat cahaya mata pertama sekitar dua bulan mendatang apabila usia kehamilan Mahalini kini masuk tujuh bulan.
Usia kandungan Mahalini yang masuk tujuh bulan itu diraikan dengan sebuah majlis kesyukuran yang dihadiri oleh ahli keluarga termasuk bapa Rizky, pelawak Sule.
Isteri Rizky Febian itu juga turut mengungkapkan rasa syukurnya atas momen berharga tersebut.
Dia menyampaikan terima kasih kepada Rizky Febian yang selalu mendukungnya selama masa kehamilan. Mahalini juga bersyukur mempunyai suami seperti Rizky Febian yang telah membimbingnya ke arah yang lebih baik dan memberi perhatian kepadanya.
“Teruntuk suamiku tercinta, aku bersyukur punya kamu selama ini. Aku mahu bilang terima kasih kerana kamu sudah menjadi suami yang hebat dan menjadi suami yang selalu mengerti aku,” ungkap Mahalini seperti dilaporkan Viva.co.id.
Tidak hanya itu, Mahalini juga memohon maaf kepada suami yang dinikahi sejak Mei 2024 di atas segala kekhilafan selama hidup bersama.
“Dari awal sampai sekarang sudah bakal punya baby, kamu selalu perhatian. Aku minta maaf sama kamu atas segala apapun yang telah menyakiti kamu, entah itu di sengaja maupun tidak sengaja,” lanjutnya.
Must-Watch Video