Hiburan

15 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Edika Yusof Tidak Layak Terima BPN

gempak
Amri Hassan
14/05/2020
22:59 MYT
Sponsor Banner
15 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Edika Yusof Tidak Layak Terima BPN
Pelakon Edika Yusof memberitahu dia tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan sebelum ini.
Biarpun berdepan kesulitan menjaga isterinya yang lumpuh sejak 15 tahun, Edika bagaimanapun bergantung harap dengan punca rezeki sebagai pelakon semata-mata.
"Ya....Saya tidak layak, sekarang full time berlakon je, macam mana?" tulisnya menerusi ruangan komen sebuah portal hiburan baru-baru ini.
Bagaimanapun, ada yang cuba berseloroh dengan tiba-tiba bertanyakan lokasi percutian luar negara Edika tahun hadapan.
"Mana pernah bercuti, bro...dulu pergi pun masa berkerja sebagai pramugara je....salah orang ni.
"15 tahun jaga isteri lumpuh...siapa yang pergi overseas," jawabnya.
Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.
Keluhan Edika itu mendapat simpati ramai dan meminta agar pelakon itu membuat rayuan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live