HIBURAN
Berurat Sado! Foto Tepi Pantai Zul Ariffin Buat Netizen Semangat Nak Kerja - “Fuhh Macam Roti Ban…”
Pelakon , Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil berkongsi foto menayangkan tubuh kekarnya ketika bercuti di tepi pantai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zul memuat naik beberapa gambar yang memperlihatkan dirinya memakai cermin mata hitam dan berseluar pendek jalur hijau sambil berjemur di bawah sinaran matahari.
“Tanned ✅,” tulis Zul ringkas di ruangan kapsyen.
Seperti biasa, penampilan berani aktor berusia 38 tahun itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang teruja melihat susuk tubuh Zul yang tegap dan berotot.
Antara komen yang ditinggalkan netizen:
“Macam roti ban coklat Gardenia.
“Rasa semangat nak buat keje.
“Fuhhh mantapp boss new style.
“Dia comeback muda la,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video