Laman Utama

"15,000 Kotak Terjual Dalam Satu Jam!" - Patutlah Nadzmi Adhwa Jarang Berlakon, Sibuk Jual Mi Kari Sekarang

gempak
Amri Hassan
16/12/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
"15,000 Kotak Terjual Dalam Satu Jam!" - Patutlah Nadzmi Adhwa Jarang Berlakon, Sibuk Jual Mi Kari Sekarang
Pelakon Nadzmi Adhwa memilih untuk memperlahankan karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.
Bukan tidak laku malah pelbagai peluang terpaksa ditolak, Adhwa, 30, sibuk membahagikan masa dalam bidang perniagaan.
"Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.
"Jadi saya lebih banyak berada dibelakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Mula bidang produksi

Menurut Adhwa, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata, keutamaan sudah berubah.
Walaupun lakonan masih menjadi minatnya, Nadzmi kini mulai aktif dalam bidang penerbitan dan perniagaan makanan.
"Kini, saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.
"Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.
"Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood.
"Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif," katanya.

15,000 kotak terjual

Berkongsi kegembiraan mengenai Arwafood, produk Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.
"Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.
"Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.
"Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live