Hiburan

"16 Tahun Lamanya Tunggu Nak Jumpa .." - Dapat Bertemu Empat Mata dengan Cristiano Ronaldo, Raf Yaakob Buat Peminat Cemburu

gempak
Zulaikha Yusof
26/07/2019
04:24 MYT
Sponsor Banner
"16 Tahun Lamanya Tunggu Nak Jumpa .." - Dapat Bertemu Empat Mata dengan Cristiano Ronaldo, Raf Yaakob Buat Peminat Cemburu
Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mendedahkan hasratnya untuk bertentang mata dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang disimpan selama 16 tahun akhirnya tercapai.
Menurut Raf walaupun tidak dapat bergambar tetapi Christiano sempat menurunkan tandatangan pada jersi yang dipakai Raf.
"16 tahun lamanya tunggu nak jumpa @cristiano, haritu baru dapat jumpa depan-depan mata di @iccsg.
"Tapi tak dapat bergambar dengan @christiano. Lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tau dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.
"Bila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju Raf yang Raf pakai terbalik (dalam video yang Raf tetiba 'mendada' tu), dia pun sign la nama dia besar-besar kat dada Raf dan kemudiannnya dia pun berlalu pergi dengan lajunya.
"Itu saja! So close and yet so far," tulisnya di sebuah entri menerusi Instagram (IG) miliknya.
Perkongsian rakaman video itu telah membuatkan rata-rata pengikut berasa cemburu dengan Raf apabila berpeluang bertemu dengan pemain kelab Juventus itu.
"@dibzchan: Ya Allah bestnya bila la boleh dapat peluang macam abang raf, hopefully one day dapat my dream will come true dapat tengok stadium old trafford dari luar pun jadila."
"@amarhaiqall: Dapat bervideo pun dah kira okay dah boss. Sign tang dada tu."
"@wanabdulrahman77: Wehh how come I didnot know about this. Dayummnn jealous @rafyaakob."
"@faizmustaffa: You are so lucky and blessed."
Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob bersama Mawar berada di Singapura untuk menonton perlawanan International Champions Cup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024