gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Wonda-Ful Keluang Man Burger Cita Rasa Unik Dengan Sos Istimewa Kopi WONDA & Bun Maroon Inspirasi Sut Keluang Man
BERITA
Gadis 21 Tahun Kahwin Tipu Sebanyak 12 Kali
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Kena Jadi Orang Tengah, Que Tak Sangka Allan Andersn & Ridhwan Azman Bergaduh - “Saya Rasa Tak Sedap Hati Sebab…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Kalah Pengumuman Raya, Jangan Sampai Tewas Perang Konsert genKRU Hari Ke-4 Bermula 1 Petang Ini!

gempak
Maliah Surip
08/05/2025
01:34 MYT
Sponsor Banner
Kalah Pengumuman Raya, Jangan Sampai Tewas Perang Konsert genKRU Hari Ke-4 Bermula 1 Petang Ini!
Kalah pengumuman raya. Begitulah gembiranya peminat KRU apabila Icon Entertainment mengumumkan penambahan hari keempat Konsert GENKRU yang menjadikan trio tiga beradik ini mencetak sejarah dalam industri hiburan Malaysia.
Malah pengasas Icon Entertainment, Iman Tang mengucapkan jutaan terima kasihkepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiketkonsert GENKRU hari pertama dan kedua habis dijual dalamdurasi tidak sampai satu jam! Manakala tiket hari ketiga jugasecara rasmi sudah sold out!
"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertamahabis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habisdalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasihsayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasasangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasasICON ENTERTAINMENT.
Oleh itu untuk sebuah ‘hadiah’ dari Icon Entertainment danKRU sendiri, mereka telah sepakat untuk menambah seharilagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam.
Melihatkan juga hari Isnin, 12 Mei 2025 merupakan hari cutisempena Hari Wesak ia menambahkan lagi kesesuaian konserthari ke empat dilaksanakan.
Keputusan segera ini dibuat lantaran kedua-dua pihakmendapat terlalu banyak DM (direct message) yang memintamereka untuk menambah sehari lagi konsert pada hari Ahad, 11 Mei 2025.
“Keputusan ini dibuat setelah menimbang tara banyak aspekdan melihatkan hari Isnin merupakan hari cuti dan tidakmenyulitkan peminat, maka kami menambah sehari lagikonsert yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 bersamaanhari Ahad.
Kami juga mendapat banyak usulan dari peminatyang mahu menonton lagi (repeat) kerana tidak puas denganmomen tempoh hari,” ujar Dato’ Norman mewakili KRU.
“Seperti yang pernah diutarakan sebelum ini, adalah menjaditanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket sebelum ini menambahlagi momen mereka bersama kami.
“Untuk mereka yang gagalmendapatkan tiket pada tiga-tiga hari terdahulu, kami mahu anda semua juga mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada hari konsert terakhir itu kelak,” tambah Iman.
Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT mengumumkan konsert genKRU hari ke-empat yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 dan tiket mula dijualpada 8 Mei mulai pukul 1 petang di https://www.ticket2u.com.my
Masanya untuk menambah momen manis bersama KRU danmenjadi sebahagian dari sejarah yang bakal tercipta bukansahaja buat KRU dan Icon Entertainment malah buat industriseni hiburan sendiri. Sebuah tanda bahawa karya dan usaha seni tempatan mendapat tempat yang paling Istimewa di hati para peminat mereka dan rakyat Malaysia umumnya.
Harga Tiket: * Impak Maksima - RM 588 * Gerenti Beres - RM 548 * Balada Hati - RM 508 * Wanita - RM 478 * Cherrina - RM 358 * Malam Kita - RM 258
Tiket mula dijual : 1 petang pada tarikh 8 Mei 2025 di https://www.ticket2u.com.my
Topic Berkaitan
#Konsert
#Yusry Abdul Halim
#KRU
#Edry Abdul Halim
#Norman Abdul Halim
#Sambung
#Axiata Arena
#Extend
Must-Watch Video