Hiburan

"2 Hari Tak Tengok Channel Lain, Repeat Again & Again!" - Penonton Suka Layan Ada Apa Dengan Dosa

gempak
Amri Hassan
06/06/2020
10:14 MYT
Sponsor Banner
"2 Hari Tak Tengok Channel Lain, Repeat Again & Again!" - Penonton Suka Layan Ada Apa Dengan Dosa
Dua hari ditayangkan di saluran Astro First, filem Ada Apa Dengan Dosa terus mencuri tempat di hati penonton.
Ada yang ulang tengok berkali-kali, malah ada yang langsung tidak menukar siaran lain selain Ada Apa Dengan Dosa.
Seperti yang dikongsikan oleh beberapa pemilik akaun Instagram ini, ternyata filem bergenre Islamik ini diakui berkualiti.
"2 hari tak tengok channel lain. Repeat again and again," puji @hausbyaten.
"5 kali dah hari ini duk ulang tengok sebab rasa rugi beli untuk dua hari," tambah @yusrafeefah.
"Sebuah filem yang bagus dengan mesej yang mendalam. Semestinya akan ulang tengok lagi. Terima kasih kerana menghasilkan filem sebegini," kata @patty.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live