Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

2 Kali Kena COVID-19, Aeril Zafrel Alami Migrain Teruk! - "Saya Kena Makan Ubat Tahan Sakit ..."

Amri Hassan
28/01/2022 02:50 MYT
Selepas dua kali dijangkiti virus COVID-19, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dirinya berdepan masalah migrain yang teruk.

BACA: "Padahal Duduk Rumah Je" - Aeril Zafrel Positif COVID-19 Kali Ke-2

BACA: Aeril Zafrel Positif COVID-19 Selepas Lawat Pengurus Demam


Kata Aeril, situasi sama dilaluinya selama beberapa bulan selepas sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 hingga perlu mendapatkan ubat penahan sakit.

"Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti Covid19 buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.

"Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay. Alhamdulillah keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik saja," katanya kepada Gempak.

Aeril ditemui pada majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.

Tambah Aeril lagi, sejurus bebas daripada COVID-19, dia tampil membuat ujian x-ray bagi mengetahui keadaan paru-parunya.

"Saya terus buat ujian x-ray di bahagian paru-paru. Alhamdulillah semuanya normal dan tiada sebarang masalah. Saya dimaklumkan ramai juga pesakit Covid-19 yang mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru dan sukar pulih," ujarnya.

Tahun lalu, Aeril mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Ogos.

Foto: @yusofruzaimi

#pelakon #Viral #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #COVID-19 #Migrain
;