Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

2 Koc LRT ‘Bersemadi’ Di Dasar Pulau Tioman Sebagai Terumbu Tiruan

Gempak
19/07/2024 06:55 MYT
Dua gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) disumbangkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk dilabuh ke dasar laut Pulau Tioman sebagai tukun tiruan LRT pertama adalah tren terawal yang digunakan di Laluan Kelana Jaya sejak tahun 1998.

Bersemadi di Pulau Tioman

Prasarana menjelaskan tren tersebut telah diberhentikan perkhidmatan sejak Oktober tahun lalu.

Menurutnya, kedua-dua gerabak tersebut telah dibawa dari Depot Kelana Jaya ke Sinar Tioman, Kuala Rompin.

"Pemeriksaan dan nasihat profesional daripada pasukan teknikal Rapid Rail juga diberikan di Sinar Tioman," katanya dalam satu kenyataan pada Sinar Harian.

Dalam kenyataan itu, Prasarana memaklumkan sumbangan gerabak itu dalam usaha melestarikan ekosistem marin, selain memberikan sokongan kepada kepelbagaian biologi.

Katanya, ia juga menggalakkan ekonomi pelancongan di Pulau Tioman, sekakali gus menyokong matlamat pemuliharaan hidupan laut untuk masa hadapan.

BERITA TRENDING: Wanita Warga Emas Dipercayai Jatuh Dalam Laut, Tak Sempat Melangkah Masuk Sebab Feri Didakwa Bergerak

BERITA TRENDING: George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

BERITA TRENDING: Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”

BERITA TRENDING: Ain Edruce Alami Keguguran, Tak Ada Rezeki Nak Ada ‘Baby Adik’ - “Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ini Dalam Hidup”

"Melalui peristiwa penting ini juga, Prasarana telah menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-14: Kehidupan di Bawah Air (UN Sustainable Development Goal 14: Life Below Water).

"Ini secara tidak langsung menyokong usaha kelestarian global melangkaui komitmen Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030 Prasarana yang dilancarkan pada bulan Disember 2023," menurut kenyataan tersebut.

Projek tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Prasarana dan ia berjaya dilaksanakan melalui satu kerjasama dengan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan telah mendapat pengikitirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia telah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Usaha melabuhkan gerabak tren LRT tersebut sedalam 18meter di Tapak Selam Al-Sultan Abdullah, Pulau Tioman telah dilaksanakan oleh 60 penyelam profesional yang diketuai Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Sumber: Sinar Harian

#LRT #Pulau #bersemadi #koc #tioman
;