Viral
Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce baru-baru ini dikritik oleh seorang pengguna aplikasi X tentang konten yang dikongsikan di media sosial.
Suami Disifatkan Muka Selenga?
Dalam perkongsian itu, pengguna berkenaan menzahirkan rasa kurang senang apabila pengacara itu kerap kali memaparkan wajah suaminya yang disifatkan ramai sebagai ‘muka selenga’ (muka tiada perasaan).
“Orang Malaysia ni tak bosan ke dengan lawak dia yang ulang-ulang tunjuk lelaki dia ni selenga,” tulis individu itu.
org malaysia ni tak boring ka dgn lawak dia dok ulang2 tunjuk laki dia ni selenga... https://t.co/va5VtLRRsA
— bluerghhh (@CrossedKom) May 28, 2024
“Kalau tak suka abaikan...
Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas majoriti wargamaya yang berpendapat bahawa lawak merupakan perkara subjektif dan tidak perlu dikritik sekiranya kurang berminat dengan konten yang diketengakan oleh pasangan tersebut.
“Aku lagi terhibur dengan orang yang rajin nak kecam video macam ni. Tak lawak, simple sahaja, scroll. Kalau tak ada benda baik yang nak dicakap, lebih baik diam,”
“Kalau tak suka abaikan, jangan kutip dosa dengan benda-benda macam ni. Video macam ni pun kau panas,”
“Lelaki dia selenga tapi kaya, kau kaya tak?”
“Lagi boring kalau sikit-sikit nak bitter tentang hidup orang.”
BERITA TRENDING: Ain Edruce Alami Keguguran, Tak Ada Rezeki Nak Ada ‘Baby Adik’ - “Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ini Dalam Hidup”
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih dua juta tontonan di Platform X.
Sekadar info, Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.
Sumber: Platform X
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Must-Watch Video