Pengacara dan Influencer, Mat Dan tidak dapat menahan kesedihannya apabila memaklumkan neneknya telah pun meninggal dunia.

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel James Tyler yang berasal dari England itu memberitahu dia sudah dua tahun tidak berjumpa dengan neneknya.

“Selamat tinggal Nan!

“Beberapa tahun kebelakangan ini tidaklah mudah, hanya dapat bertemu dengan nenek setahun sekali dan setiap kali mengucapkan selamat tinggal tertanya-tanya apakah ini untuk kali terakhir.

“Kali ini saya benar-benar harus mengucapkan selamat tinggal dan yang sedih sekali ialah kita tidak dapat berada di sana, dan sudah tidak bertemu selama 2 tahun kerana Covid-19.

“Nenek selalu kelihatan terbaik, sentiasa berpakaian cantik, rias rambut, rambut, kuku diwarna. Walaupun nenek tidak dapat bergerak. That was all down to Grampy, you did such an amazing job of looking after her,” katanya.

Mat Dan yang popular dengan loghat Terengganu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram(IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama neneknya.

Dalam masa yang sama, Mat Dan agak terkilan kerana neneknya tidak sempat berjumpa dengan anak keduanya, Eydan.

“Saya harap kamu dapat hidup lama lagi supaya dapat berjumpa dengan Eydan tetapi saya tahu kamu sudah berada di tempat yang lebih baik sekarang,” katanya.

Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya Karief Daniel Abdullah.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3 tahun dan Muhammad Eydan Tyler, 1.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)