gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Kakak Sulung Pernah Meraung Di Pasar Raya Dengar Lagu Arwah Achik Spin - “Reda Tapi...
HIBURAN
Ahli Kumpulan 'As One' Lee Min Meninggal Dunia
BERITA
14 Rumah, Beberapa Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Pantai Dalam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

200 Mata Memandang Mak Cik Kemboja Kena Cerai Semasa ‘Live’- “Terima Kasih Mr.S”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
08/08/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
200 Mata Memandang Mak Cik Kemboja Kena Cerai Semasa ‘Live’- “Terima Kasih Mr.S”

Usahawan, Mariyah Yaacob mencuri perhatian warganet apabila mengesahkan dia sudah diceraikan suminya yang dikenali sebagai Mr.S.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja berkongsi perkahwinannya yang dibina lebih 15 tahun itu berakhir selepas suaminya melafazkan cerai ketika sesi siaran langsung.
“Aku, Madam Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja, diceraikan menerusi sesi siaran langsung oleh Mr. S bersaksikan lebih 200 mata yang memandang.

“Mr. S tulis di ruangan komen, ‘Dengan lafaz Bismillah, Mariyah Yaacob aku ceraikan kau’. Sebanyak lima kali Mr. S tulis. Terima kasih Mr. S atas lafaz cerai yang kau berikan pada 7 Ogos (Khamis),” katanya.

Meskipun mengakui dirinya tidak sempurna, Mariyah menyifatkan tindakan suaminya sebagai tidak beriman dan tidak layak untuk memegang gelaran itu.
Dalam hantaran sama, Mariyah mendakwa kehadiran orang ketiga menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Dia turut berkongsi momen dirinya bersemuka dengan bekas suami dan individu tersebut di sebuah lokasi awam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata semangat dan mendoakan agar Mariyah terus tabah menghadapi dugaan tersebut.
Topic Berkaitan
#cerai
#Mak Cik Kemboja
#Mr.S
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement