,
Laman Utama

25 Hari Tidur Dalam Penjara, Aryan Khan Dibebaskan Dengan Ikat Jamin... SRK Menangis Syukur Boleh Sambut Deepavali Bersama

Amri Hassan
28/10/2021
16:53 MYT
Anak kepada bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan akhirnya dibebaskan setelah Mahkamah Tinggi Mumbai membenarkan ikat jamin pada Khamis.
Pembebasan Aryan menjadi kelegaan buat keluarga Shah Rukh dan isteri beliau, Gauri Khan yang bertungkus-lumus untuk mengeluarkan anak sulung mereka itu dari penjara.
Umpama keraian Deepavali lebih awal buat keluarga itu, ratusan peminat setia Shah Rukh dilihat bersorak di hadapan kediaman mewah mereka di Bandra, Mumbai, usai keputusan mahkamah itu.
Lebih meriah, ada juga yang membakar bunga api dan mercun sebagai meraikan berita gembira itu
Ramai juga peminat yang memegang sepanduk Aryan menyokong pembebasannya dari penjara Mannat selain berkongsi rasa syukur di media sosial.
"Selamat pulang ke rumah wahai juara. Tahniah SRK, Gauri Khan, doa-doa kalian dimakbulkan. Bersiap sedialah untuk menerima kepulangan Aryan," tulis sebahagian penyokong setia pesohor Bollywood itu.
Ketika keputusan itu dibaca sekitar pukul 6 petang, India Today melaporkan Aryan kelihatan tersenyum gembira dan berterima kasih kepada kakitangan penjara.
Peguam kepada Shah Rukh, Mukul Rohatgi pula memberitahu bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu mengalirkan air mata ketika menerima berita terbabit.
Sementara itu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde turut mengeluarkan kenyataan berhubung pembebasannya.
"Aryan dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi. Tiada pemilikan, tiada bukti, tiada konspirasi, ketika dirinya ditahan pada 2 Oktober lalu, sehingga sekarang. Kami bersyukur," maklumnya.
Sepanjang penahanan Aryan selama 25 hari, ramai rakan selebriti yang melahirkan sokongan terhadap keluarga Shah Rukh. Antaranya Hrithik Roshan, Raveena Tandon, Pooja Bhatt, Suniel Shetty dan ramai lagi.
Terdahulu, permohonan ikat jamin Aryan kali kedua dan rayuan jaminan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.
Aryan ditahan bersama tujuh lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.
Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta rupee.
Aryan ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant. Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.
Sumber: The Indian Express, India Today, News18
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar