HIBURAN
Digelar ‘Kayu’ Di Awal Kemunculan, Fattah Amin Hampir ‘Give Up’ Dalam Dunia Lakonan - “Saya Rasa Waktu Itu Memang Rasa Depress Juga”
Pelakon Fattah Amin mengakui dia pernah hampir berputus asa untuk berlakon selepas menerima kritikan mengenai lakonannya yang dilihat ‘kayu’ atau kaku.
Hampir putus asa
Menerusi perkongsian di podcast Borak Selebriti Sinar bersama Dinar dan Falyq, Fattah berkata dia menerima banyak kritikan pada awal kemunculannya dalam dunia lakonan.
“Saya rasa waktu itu memang rasa depress juga la. Waktu saya berlakon itu, mula-mula… waktu saya kayu itu, kita dah boleh macam kalau drama kita tengah tayang, orang boleh komen terus dekat sosial media.
“Kadang-kadang sudah tentu kita terbaca, kita nak promosi drama kita, kemudian kita terbaca orang komen kata lakonan tak okay, tak kenal la.
“Orang tak pernah tengok lakonan kita, keras semacam… tapi waktu yang sama kita tengah shooting. Ada rasa macam okay ini first dan last. Lepas ini tak nak ambil job berlakon,” kata Fattah.
Semangat untuk belajar
Bagaimanapun, Fattah ambil kritikan itu sebagai pembakar semangat dia untuk terus belajar dalam dunia lakonan dan memastikan dirinya mempunyai peningkatan.
“Saya terima saja, yela benda yang orang cakap itu fakta kan. Kalau kita tahu benda itu adalah kritikan yang betul, apa cara kita untuk ubah jadi pastikan benda itu ada peningkatan ke.
“Itu yang saya cuba buat… ada progress kan, slowly kan tapi Alhamdulillah projek-projek selepas itu pengarah, penerbit, rakan-rakan pelakon pun cakap ada improvement. Daripada situ saya teruskan buat saja la,” ujarnya.
Belajar di set penggambaran
Dalam pada itu, Fattah bagaimanapun memberitahu dia tidak sempat menyertai mana-mana kelas lakonan namun mula belajar berlakon menerusi pelakon senior dan memerhatian ketika di set penggambaran.
“Saya tak sempat pergi kelas masa itu, sebab waktu itu bila dah habis itu saya ambil job lain. Saya banyak belajar dengan pelakon-pelakon senior.
“Di set kita banyak bertanyalah, kemudian kita perhati juga. Sebab kita berlakon itu tak semestinya dalam kelas, kita boleh berlakon, kita boleh belajar melalui pengalaman juga.
“Bila tengok pelakon lain, macam mana mereka jayakan watak, saya ambil sikit-sikit ilmu daripada mereka,” kongsinya lagi.
@sinar_my Replying to @Pembekal sabun baju Pertama kali berlakon dan Fattah Amin dapat kritikan hebat daripada penonton. Digelar pelakon ‘kayu’ sampaikan rasa dah tak nak berlakon. Tapi lama-lama dah banyak pengalaman dah power dah sekarang! 🙌🏻 Setuju tak? #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #xybca #fattahamin @FattahAmin ♬ original sound - SINAR
Must-Watch Video