Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

27 Tahun Bermadu, Zarina Zainuddin Pesan Wanita Yang Jadi Isteri Muda; "Bukan Masa Senang Je Tempel, Masa Susah Kau Cabut"

Amri Hassan
15/10/2021 12:14 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin tampil berkongsi nasihat susulan kisah poligami yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Zarina, berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih.

BACA: "Insan Yang Amat Saya Sanjungi" - Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Madu Banyak Membantu Dalam Kehidupan

Malah tegasnya, perasaan hormat kepada madu mesti ada terutama yang bergelar isteri muda.

"Nak kahwin dengan suami orang tak pandai ambil hati orang.. Niat awal-awal bulan madu tempah bilik sampai RM4500, sedihlah kau perempuan. Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat… Lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama…

"Dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke..?

"Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar.. Hati orang kau dah koyak rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia," pesannya.

Tambah Zarina, biarpun tidak boleh menolak takdir, nasihatnya agar mengelakkan diri daripada mendekati lelaki milik orang.

"Ingat. Allah bayar tunai tak kira macam mana kau buat… Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. Sakit jiwa kau, kau tak kuat, tak redha asyik gaduh dengan orang.. Asyik nak kawal laki kau, akhirnya laki kau angkat kaki bye-bye..

"Orang lelaki lelaki tak nak pening-pening wei, dia orang nak sedap je pening tu untuk kau lah. Aku dah 27 tahun bermadu okay je belajar susah senang bersama, bukan masa senang je kau nak tempel, masa susah kau cabut… Bini apa?

"Jadi isteri ni kita nak dapat pahala tapi kalau salah caranya berdosalah sebab asyik kutuk laki sendiri.. Syurga ada di depanmu, neraka di belakangmu," tambahnya.



Terdahulu, kisah wanita yang bermadu dengan seorang wanita berada mendapat perhatian ramai. Selain percutian mewah di Langkawi berakhir, kediaman milik mereka yang pernah dijadikan homestay dikosongkan.

Selain itu, kereta milik suaminya juga ditukar oleh isteri pertama dan digantikan dengan kereta lebih kecil.

Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, Muhamad Naim Azrai, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#pelakon #Viral #Zarina Zainuddin #Madu #Suami #Isteri
;