Berita

28 Maut Pesawat Jeju Air Terhempas

gempak
Awani
29/12/2024
05:43 MYT
Sponsor Banner
28 Maut Pesawat Jeju Air Terhempas

Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.

Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.

Dua orang ditemui selamat ketika misi menyelamat dilaksanakan.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Gambar yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan asap dan api menyelubungi bahagian pesawat.

Pemangku Presiden Choi Sung-mok, yang dinamakan sebagai pemimpin sementara negara pada Jumaat selepas pemangku presiden sebelum ini dipecat di tengah-tengah krisis politik yang berterusan, mengarahkan usaha menyelamat habis-habisan.

Jurucakap Jeju Air berkata syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan itu.

Sumber: Astro Awani

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Bukan Mudah, The Lima Kongsi Rasa Gementar Hadapi Genre Dangdut

BERITA TRENDING: Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan - Pihak berkuasa

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Tiada Lagi Cinta, Akhirnya 16 Selebriti Ini Memilih Untuk Berpisah & Oktober Jadi Saksi Pasangan ‘Know Know’ Cerai

BERITA TRENDING: 3 Suara Kembali? Shila Amzah Kongsi Harapan Lagu Baru Bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024