Stesen televisyen Astro mahu menjadi perintis kepada program dan rancangan bertemakan seram di rantau Asia menerusi kandungan yang ditawarkan di saluran BOO (404).
Memulakan usaha tersebut, BOO muncul dengan 3 A.M. Bangkok Ghost Stories yang bakal ditayangkan pada 28 Oktober ini.
"Saluran BOO mahu menjadi landasan untuk memaparkan karya seram berkualiti di rantau Asia kerana banyak cerita mistik yang boleh ditampilkan.
"Cerita seram sememangnya mendapat tempat di hati penonton semenjak sekian lama dan kami mahu menjadi peneraju kandungan seram di rantau ini.
"Untuk merealisasikan harapan ini, kami muncul dengan siri original pertama yang berjudul 3 A.M. Bangkok Ghost Stories.
"Siri ini menjadi usaha pertama dan merupakan hasil kerjasama bersama pengeluar kandungan terkemuka Thailand, Five Star Production," kata Henry Tan selaku Ketua Pegawai Operasi Astro.
Henry ditemui sewaktu majlis pelancaran dan tayangan siri seram pertama saluran BOO iaitu 3 a.m Bangkok Ghost Stories di TGV One Utama, semalam.
3 A.M. Bangkok Ghost Stories merupakan siri seram 13 episod yang pasti meremangkan bulu roma para penonton! Mula ditayangkan pada 28 Oktober 2017 di saluran Boo (404), setiap episod akan muncul dengan cerita berdasarkan kisah mistik yang berlaku pada jam 3 pagi.
Disamping itu, francais BOO akan memperluaskan jenamanya ke aktiviti-aktiviti on-ground, termasuk BOO Night Run yang akan diadakan pada 28 Oktober, 7pm di MAEPS, Serdang. Pendaftaran bagi larian penuh keseraman ini masih terbuka untuk mereka yang berminat.
Dengan tayangan filem baharu setiap Jumaat, dan episod baharu siri BOO Originals setiap Sabtu, barisan judul-judul seram dan mistik pasti akan memberikan para penonton keluhan yang menakutkan.
Judul-judul BOO juga boleh didapati di on demand dan pelanggan Astro digalakkan untuk menyambungkan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses BOO’s 3 A.M Bangkok Ghost Stories bagi kemudahan tontonan mereka, atau mereka boleh menontonnya pada on demand di Astro Go selain Astro saluran 404.
Para pelanggan Astro boleh menikmati saluran BOO dengan kadar bayaran bulanan RM6.35/bulan (termasuk GST). BOO juga boleh dinikmati oleh pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari dan pada RM5.30 (termasuk GST) untuk tiga hari; dan, untuk NJOI Now untuk akaun pautan NJOI. Untuk maklumat lanjut bagi melanggan saluran BOO, sila layari laman web www.astro.com.my/boo or Astro Channel 200.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue Oct 24 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.