gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Momen Shuib Pakaikan Thalita Kasut Sebelum Konsert Curi Perhatian, Bangga Tengok Puteri Tercinta Atas Pentas Besar - “Saya Tak Pernah Membayangkan…”
HIBURAN
Luangkan Masa Dengan Anak Tiri, Netizen Terharu Lihat ‘Bonding’ Ubai & Seth - “Dia Ni Memang Anugerah Terindah Buat…”
HIBURAN
Sukar Nak Cari Orang Susah Di Malaysia, Aisar Khaled ‘Terbang’ Bantu Rakyat Miskin Indonesia - “Saya Bercakap Ini Atas Dasar…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Rakyat Singapura Ditegur Malas Mandi Pagi

gempak
Gempak
30/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Rakyat Singapura Ditegur Malas Mandi Pagi

Seorang pengguna TikTok di Singapura mencetuskan perdebatan ramai apabila menegur sikap sebilangan penduduk negara itu yang enggan mandi sebelum menaiki pengangkutan awam.

Wanita bernama Steph Leong menerusi hantarannya meminta warga Singapura terutamanya golongan lelaki milenial dan generasi Z untuk mandi pada waktu pagi sebelum menaiki pengangkutan awam.

Steph berkata, dia berasa tidak tahan dengan bau seolah-olah cadar yang tidak dibasuh selama sebulan dan dipenuhi dengan peluh.

“Mandi pada waktu pagi adalah perkara rutin asas yang anda boleh lakukan sebelum berinteraksi dengan orang ramai sepanjang hari.

“Jika anda bekerja dalam industri makanan dan minuman, bayangkan keadaannya. Saya tidak akan pergi ke restoran itu,” kata Steph.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ramai yang bersetuju serta tidak kurang yang memberikan alasan berhubung tindakan mereka untuk tidak mandi.

Seorang pengguna TikTok bernama Xinhui tampil menjawab teguran itu dengan berkata, dia enggan mandi pada waktu pagi kerana tidak mahu bangun tidur lebih awal semata-mata untuk mandi.

“Sudahlah tidak cukup tidur, anda semua meminta kami bangun awal pada waktu pagi untuk mandi pula. Itu takkan berlaku.

“Tolong berhenti meminta kami mandi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk pergi bekerja,” katanya.

Perdebatan hangat itu sehingga kini telah mencetuskan satu slogan baharu iaitu ‘Mandilah Singapura’.

Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video