Bukan kali pertama artis kantoi menyunting foto sendiri keterlaluan sampai menjejaskan subjek sekeliling.

Ada yang sampai tangga, tiang, lantai, pintu dan lilin herot-berot disebabkan suntingan yang melampau.

Jadi, siapa yang patut dipersalahkan? Artis itu sendiri atau aplikasi suntingan foto yang menampakkan cela pada hasil akhir yang dikongsikan kepada umum?

Berikut Gempak kongsikan beberapa artis yang pernah diperli netizen gara-gara suntingan foto melucukan di media sosial.

Nora Danish

Pernah kantoi menyunting gambarnya bersama seorang jurusolek selebriti untuk menampakkan efek perut yang kempis dan langsing.

Menerusi foto yang disiarkan semula di Instagramnya, perbezaan itu jelas sekali kelihatan pada foto milik Nora yang menyarung baju hijau.

Impaknya menyebabkan bayang-bayang tingkap pada lantai bengkok mengikut garis 'liquify' aplikasi Photoshop milik Nora itu.



Masya Masyitah

"Bukan nak tayang pungkoq atau bagi nampak seksi," itu penafian penyanyi muda Masya Masyitah mengenai gambarnya berseluar putih yang disunting hingga bengkok jubin dinding.



Dalam foto terbabit, Masya memberitahu dia sebenarnya ingin mengemaskan bajunya yang berkedut saja.

BACA: "Edit Gambar Sampai Bengkok Dinding" - Masya Masyitah Ditertawakan Netizen!

BACA: “Bukan Nak Tayang Ada Punggung Besar Sebab…”- Edit Gambar Sampai Bengkok Dinding, Ini Penjelasan Masya Masyitah

Uqasha Senrose

Bukan sekali tapi berkali-kali foto yang disunting sendiri oleh Uqasha untuk dimuatkan dalam media sosialnya gagal.



Pernah mencacatkan keadaan pintu di sebuah set penggambaran, Uqasha baru-baru ini mencuri tumpuan menerusi suntingan foto ketika majlis hari jadinya.



Dalam foto berkenaan, sebatang lilin kelihatan jelas bengkok ke arahnya dipercayai untuk mendapatkan efek pinggul yang lebih lebar.

BACA: “Edit Gagal” - Punggung Herot, Lilin Bengkok, Uqasha Senrose Buat Hal Lagi