Pelakon dan pengacara Mira Filzah, 27, berkongsi detik manis apabila saluran rasmi Youtube miliknya, #EmirAmirah menerima YouTube Silver Award.

Berita gembira itu dikongsi menerusi sebuah video di Youtube bersama suaminya, Wan Emir Astar, 30.

"Terima kasih kepada subscribers. Kita dapat 100,000, really great! Kita dapat untuk video kedua atau ketiga rasanya.

"Terima kasih semua. Ini untuk anda juga, kami tidak boleh buat tanpa sokongan anda semua," kata Mira dan Emir.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut setia tumpang gembira dengan pencapaian yang berjaya diraih pasangan sama cantik sama padan.

"Alhamdulillah.. Dah lama tunggu Emir dan Mira dapat Silver Play Button dan akhirnya dapat. Tahniah.

"Wah cepatnya dapat Silver Play Button lepas ni gold pulak. Tahniah.

"Orang yang tidak suka hanya 0.01%. Tapi ramai lagi yang suka video Mira dan Emir termasuklah akak," antara komen-komen yang ditulis.

Baru tiga bulan aktif, #EmirAmirah sudah berjaya mendapat 170,000 subscribers.

BACA: Penuhi Permintaan Peminat, Mira Filzah & Wan Emir Ada Akaun Youtube Bersama - "Main 'Game' Tanya Masakan Pertama & Subjek Kegemaran"

BACA: Emir Berjaya Make Up Mira Filzah Jadi Jennie Blackpink


Terdahulu, Mira dan Emir memenuhi permintaan peminat yang menginginkan mereka membuat video di saluran Youtube sejak Oktober lalu.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga dengan Emir pada 3 September lalu.