Hiburan

"3 Bulan Teman BCL & Noah Di Indonesia, Ibu Arwah Ashraf Sinclair Kembali Ke Malaysia.. "Ini Bukan Ucapan Selamat Tinggal"

gempak
Zulaikha Yusof
05/06/2020
07:57 MYT
Sponsor Banner
"3 Bulan Teman BCL & Noah Di Indonesia, Ibu Arwah Ashraf Sinclair Kembali Ke Malaysia.. "Ini Bukan Ucapan Selamat Tinggal"
Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman menyatakan dirinya sudah kembali ke Malaysia setelah tiga bulan berada di Indonesia.
Khadijah atau dikenali sebagai Dida terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah.
"Alhamdulillah, Umi sudah berada di Malaysia. Harus menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum pulang ke rumah.
"Terima kasih Bunga kerana menjaga Umi selama hampir tiga bulan di rumah kamu," tulisnya.
A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on
Dalam pada itu, Dida melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menemani menantunya, Bunga Citra Lestari dan cucu lelakinya, Noah Sinclair termasuklah ketika bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
"Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat meluangkan banyak masa bersama kamu, Noah dan keluarga kamu juga.
"Kita penuhi bulan Ramadan, membaca Yasin bersama untuk arwah Ashraf, solat bersama, sahur bersama dan meraikan keindahan Aidilfitri bersama.
"Terlalu banyak rasa cinta untuk arwah walaupun dia sudah tiada di sini lagi tapi keberadaannya tetap dirasai," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah Dida, sekarang ini adalah masanya untuk dia meluangkan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur yang sudah lama memendam rasa rindu.
"Ini masa untuk Umi luangkan waktu bersama Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna dan Shahnaz. Mereka juga terlalu merindui Umi!
"Ini bukan ucapan selamat tinggal. Insya-Allah saya akan jumpa kamu dan Noah lagi. Jaga diri dan kami sayang kamu selamanya," tulisnya lagi.
Dida setia menemani BCL dan Noah yang menetap di Indonesia sejak hari pertama arwah meninggal dunia.
BACA: "Kami Nak Lihat Noah Membesar Menjadi Lelaki Yang Baik, Bahagia .." - Ibu Mertua BCL Tak Putus Bagi Semangat Dari Malaysia
BACA: Curahan Hati Adam, Aishah Dan Dida Selepas 60 Hari Pemergian Ashraf Sinclair
BACA: "Tak Sangka Itu Aidilfitri Terakhir Kita" - BCL Luah Rasa Cinta & Rindu Terhadap Ashraf Menerusi 'Dear Love...'
Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live