Hiburan
Berjodoh Dengan Duda, Amira Othman Anggap Tiada Masalah -"Apa Yang Penting..."
Penyanyi Amira Othman memberitahu dia tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki yang berstatus duda.
BERITA BERKAITAN: Hampir Bergelar Isteri Tapi Cinta Tak Jadi, Amira Othman Bawa Diri Ke Tanah Suci - “Saya Benar-Benar Mengharapkan…”
BERITA BERKAITAN: Netizen ‘Frust’ Gosip Fattah Amin, Amira Othman Hanya Sekadar Gimik Marketing - “Kalau Betul-Betul Kami Approve…”
Penyanyi ini juga tidak menetapkan syarat dalam soal lelaki pilihan, malah secara terbuka memberitahu, dia akan memahami situasi jika pasangannya mempunyai anak."Soal rezeki, jodoh semua kita tidak tahu, jadi bagi saya duda atau bujang yang penting lelaki itu tahu tanggungjawab.
"Saya sentiasa terbuka dalam soal ini terutama jika berjodoh dengan duda. Tiada masalah. Saya Insya-Allah akan faham situasi dia (duda) sekiranya lelaki itu mempunyai anak dengan isteri lama."Waktu itu bagi saya, komunikasi adalah penting. Tiada masalah. Kerana tanpa komunikasi baik, susah juga saya rasa.
"Secara peribadi saya tidak memilih atau kata saya tak nak berjodoh dengan duda. Itu semua perancangan Tuhan," katanya kepada Gempak.
Apabila ditanya adakah dia akan menerima Fattah Amin jika ditakdirkan berjodoh, Amira hanya mohon doa yang terbaik."Seperti saya kata, tiada masalah. Untuk diri saya. Saya akan doakan yang baik-baik sahaja.
"Kalau ada peminat yang berkata mengenai hal itu dan berkata baik-baik. Saya aminkan sahaja kerana perkara baik.
"Tapi tidaklah bermaksud saya bercinta dengan Fattah. Saya jelaskan ini sekiranya saya berjodoh dengan seorang duda. Itu sahaja,” ringkasnya.
Jelas penyanyi Bila Nak Kahwin ini juga, tiada apa yang perlu dimalukan sekiranya bertemu jodoh dengan seorang bapa tunggal atau sebaliknya.
"Ini semua kerja Tuhan. Kita sebagai manusia jalani dan doa yang terbaik untuk diri sendiri adalah lebih elok.
"Saya tidak mahu terlalu memikir mahu kahwin dengan orang bujang atau sebaliknya. Kerana kita tak tahu kemudian hari," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial gosip yang mendakwa Amira mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah Amin.
Namun, Amira mengakui hubungannya dengan Fattah Amin hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul, Bila Nak Kahwin.
Penyanyi lagu Hati Hati ini juga turut mengakui dia mahu menumpang populariti Fattah Amin dalam mempromosikan karya terbaharunya itu.
Must-Watch Video