,
Laman Utama

3 Kali Pengsan Di Rumah, Penyanyi Baharu Aliff Iskandar Positif COVID-19

Amri Hassan
07/05/2021
07:15 MYT
Penyanyi Aliff Iskandar berkongsi khabar gembira apabila dirinya semakin sihat setelah positif COVID-19 kira-kira seminggu lalu. Dia yang kini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang, bagaimanapun masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.
Mula mengadu demam dan tidak sedap badan sejak 28 April yang lalu, Aliff tidak menunggu lama untuk melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.
“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah. Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.
“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya “dijemput” ambulans malam itu juga untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian. Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.
Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.
“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius seperti segelintir orang.
“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik sahaja,” tambahannya lagi.
Pun begitu, sehingga ke hari ini dia sendiri tidak mengetahui punca bagaimana dia dijangkiti Covid-19.
Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya berhati-hati pada masa hadapan, Aliff memohon maaf kepada semua kenalan dan kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.
“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya yang baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.
Untuk rekod, Aliff merupakan artis naungan Indigital Music yang popular dengan lagu Perit. Lagu tersebut juga menjadi runut bunyi lima buah drama popular tanah air.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

gempak
08/10/2024
04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
BorakSeeni