BERITA
“3 Tahun Lepas Saya Tinggalkan Dunia Seni Ketika…”- Lufya Tekad Kembali Berlakon
Pelakon Lufya Omar mendedahkan tiga tahun lalu dia meninggalkan dunia hiburan ketika karier seninya sedang memuncak.
Kini, walau apa punyang terjadi, Lufya memberitahu dia tekad meneruskan kembali karier lakonannya secara serius.
“Tiga tahun lepas Fya (Lufya) tinggalkan dunia seni ketika di kemuncak karier Fya.
“Allah tahu segalanya, tapi saya bersyukur rezeki Haura, tidak lama lagi saya akan kembali ke set penggambaran. Insya-Allah I'll stand tall & strong for you no matter what, Laana Haura,” tulisnya.
Lufya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat sokongan pengikutnya yang juga turut menyokongand an memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.
Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga Lufya dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Lufya kemudian telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Oktober lalu dan ketika sebutan semula kes mereka pada 18 November 2019 suaminya enggan menceraikannya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.