Penyanyi dan pelakon, Olivia Newton-John dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun pada Isnin.
Olivia yang popular menerusi filem muzikal Grease itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada Isnin pagi akibat kanser.
Suami mendiang, John Easterling mengesahkan berita sedih itu menerusi laman media sosialnya.
"Dame Olivia Newton-John telah meninggal dunia pagi ini, bersama keluarga dan kawan rapatnya. Kami berharap orang ramai menghormati waktu-waktu sukar ini.
"Olivia menjadi simbol kemenangan dan harapan selepas 30 tahun berjuang menentang barah payudara," tulis suaminya.
Viral
30 Tahun Berjuang Lawan Barah Payudara, Olivia Newton-John Meninggal Dunia