30 Tahun Bersama, A.C.A.B Bakal Perform 37 Lagu Pada Konsert Bring Back The Bootboys! - "Selepas Ini Kami Dengan Haluan Masing-Masing"
Ernalisa
22/10/2024 14:55 MYT
22/10/2024 14:55 MYT
Kumpulan muzik underground tempatan, A.C.A.B akan tampil dengan persembahan pentas terakhir mereka Bring Back The Bootboys pada Disember ini serentak dengan ulangtahun ke-30.
BERITA BERKAITAN: "Dia Tawarkan Saya Untuk Jadi Isteri Kedua..." - Dewi | Motif Trending
BERITA BERKAITAN: Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”
BERITA BERKAITAN: “Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu
BERITA BERKAITAN:Apa Jadi Andai Tiada Hisham Hamid, Ummi Nazeera & Zahiril Adzim? | Singgah Set
Kata vokalis kumpulan itu, Max Mohammad, kesemua ahli kumpulan A.C.A.B akan membawa haluan masing-masing selepas tamat sahaja persembahan malam terakhir mereka bersama.
"Memang sedih. Perjuangan ini bukan mudah.. Selepas ini kami masing-masing dengan haluan masing-masing.
"Maksudnya masih lagi dalam industri muzik, cuma tidak lagi sama-sama," katanya.
Konsert yang berlangsung selama 3 jam di Zepp KL pada 21 Disember itu nanti akan menampilkan sebanyak 37 buah lagu.
"Antara kelainan malam itu nanti yang mana semua lagu-lagu itu daripada terbitan Demo ‘95, single-single We Are The Skins dan Streets Of Uptown, EP Unite & Fight dan Anti-Racist, album Eastern Oi!, Skinhead 4 Life dan Bangun, serta Demonstration ‘95 Revisited (mini album 2020).
"Semuanya dalam lagu penuh dan medley untuk persembahan malam itu. Nak tahu? kena datang ramai-ramai pada malam persembahan," katanya.
Dalam pada itu, Max Mohammad memberitahu, dia turut mengeluarkan buku autobiografi mengenai perjalanan seni A.C.A.B untuk dijadikan kenangan dan tanda sokongan para peminat kumpulannya.
Maklumat lanjut mengenai konsert layari https://www.myticketempire.com/acabfinalconcert.