Viral

“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

gempak
Firdaus
19/10/2024
07:07 MYT
Sponsor Banner
“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu
Usahawan kosmetik, Madammu berkongsi pendapatnya tentang pemberian nafkah daripada suami.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menyatakan pemberian nafkah perlu mengikut kemampuan suami.

Sentiasa Bertimbang Rasa

Oleh itu, para isteri seharusnya mengetahui tentang kewangan suami di awal perkahwinan lagi dan menerimanya dengan ikhlas.

“Kena ikut kemampuan suami kita. Kalau suami mampu bagi RM1,000 maka RM1,000. Kalau mampu RM100,000 maka RM100,000...

“Semasa kahwin dengan dia, awak dah tahu awal-awal lagi tahap kewangan dia paras mana. Jadi apabila dah tahu, maksudnya awak dah reda dan terima,” ujarnya.
Tambah Madammu lagi, majoriti wanita yang mempunyai pendapatan sendiri tidak mengharapkan wang daripada suami sebaliknya hanya mahukan perhatian.
“Tapi bagi saya, bila saya dah ada kerjaya saya sudah tak mahu duit dari TP (suami). Apa yang saya nak adalah perhatian dan kasih sayang.
“TP tak pernah menolak kalau saya ajak ke mana-mana. Contoh saya ajak minum atau pergi makan. Itu yang menyebabkan saya rasa sentiasa cukup sebab dia memenuhi semua.
“Itu sahaja yang saya nak, sebab dia melayan, dia sempurnakan jiwa saya.
Madammu juga menyifatkan perhatian adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh para suami selain pandai menjaga emosi isteri.

BERITA TRENDING: Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

BERITA TRENDING: "Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

BERITA TRENDING: Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”

“Saya tak nak sentuh bab nafkah tapi pada saya wanita berkerjaya sebenarnya mahukan perhatian sahaja dan layanan.
@miss_tyra.n014750 #noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia ♬ original sound - Miss_Tyra
“Sebab semua itu saya tak boleh dapat dengan duit, tapi boleh dapat daripada suami saya.
“Perempuan ni kadang kala tak matang, kebudak-budakan. Jadi dia nak suami dia pujuk dan menangi, beremosi bersama,” kongsinya.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live