30 Tahun Jadi Anak Seni, Pak Ya Bakal Jadi Mutawif - "Saya Sedar Saya Kurang Bab Agama, Tapi ..."
Ernalisa
15/09/2024 15:00 MYT
15/09/2024 15:00 MYT
Hampir 30 tahun berada dalam industri hiburan, pelawak Ilya Buang memberitahu dia kini sedang berjinak-jinak mendalami ilmu agama untuk menjadi mutawif tidak lama lagi.
BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”
BERITA BERKAITAN : Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”
BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”
BERITA BERKAITAN :Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”
Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata, dia sudah lama memasang impian menjadi seorang mutawif namun rezeki itu belum kesempaian susulan jadual kerja seninya yang padat.
"Saya sedar saya kurang bab agama jadi sebabkan itu juga saya memilih satu saluran melakui YEG yang membekalkan ilmu sebagai seorang mutawif.
"Saya sedar saya kurang bab agama jadi sebabkan itu juga saya memilih satu saluran melakui YEG yang membekalkan ilmu sebagai seorang mutawif.
"Masa sama buat masa sekarang saya sedang buat persediaan jalani kursus selama tiga bulan untuk menjadi Mutawwif yang bertauliah," katanya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Kata Pak Ya lagi, bidang yang ingin diceburi ini banyak menyedarkannya dan membantu dirinya sendiri supaya lebih dekat dengan Pencipta.