Minggu ketujuh Mega Spontan 2023 akan menampilkan empat artis undangan iaitu Black, Hazama, Tomok dan Akim Ahmad akan memeriahkan lagi program tersebut.

Menariknya empat penyanyi itu akan bergabung suara dengan membuat persembahan pada malam ini selain mereka juga akan turut serta dalam beberapa permainan bersama peserta Mega Spontan 2023.

Terdahulu, kesemua ahli kumpulan Majakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh boleh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang diumumkan pada minggu ketujuh Mega Spontan 2023.

Begitupun, buat pertama kali Majakelat berjaya menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 36.69 peratus, membenamkan kejayaan Srivijanda yang sebelum ini sentiasa berada di kedudukan pertama.

Pada akhir segmen, Majakelat yang menerima imuniti telah menyerahkan imuniti tersebut kepada Champaktakjauh.

Pada malam berkenaan, kumpulan Srivijanda yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 34.09 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 29.22 peratus.

Pada minggu itu juga, Aya dilihat kembali beraksi, sungguhpun mendakwa sebelum ini mahu menarik diri. Datuk Jalaluddin Hassan pula tidak dapat beraksi atas masalah kesihatan dan tempat beliau digantikan oleh Roy Azman.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

BACA: #MEGASPONTAN2023: Menang Buat Kali Pertama, Majakelat Akhirnya ‘Benamkan’ Kejohanan Berturut-Turut Srivijanda

BACA: #MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”

Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.