Pelakon Adlin Aman Ramlie menganggap pelawak Zizan Razak sememangnya lebih layak untuk menjadi mentor kepada kumpulannya, Manjakelat dalam program Mega Spontan 2023.

Menurut Adlin, dia meletakkan dirinya sebagai peserta ‘junion’ memandangkan lawak spontan merupakan pengalaman baharu dalam kerjaya seninya.

“Saya rasa, saya tak ada pengalaman langsung dalam permainan spontan seperti ini. Lagipun Zizan ada kekuatan di mana dia pernah jadi juara. Jadi, dari segi kelayakannya dalam lawak spontan ni lebih tinggi daripada saya.

“Sebab itu, walaupun saya dah kira otai dan ada juga terlibat dalam content komedi, tapi untuk spontan ini saya letakkan diri sebagai peserta junior dan ia satu pengalaman yang menarik untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.

Minggu keempat menyaksikan kerajaan Srivijanda masih berada pada kedudukan pertama manakala Langkataksuka ditempat terakhir menyebabkan mereka memasuki Bilik Mega Merenjis sekali gus menjadi kumpulan pertama tersingkir.


Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.