Hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia terjejas teruk akibat banjir.

Antara yang terkesan adalah di sekitar lembah Klang dan beberapa lagi negeri seperti Melaka dan kawasan Pantai Timur.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, penduduk di Kuala Lumpur diminta bersedia dengan segala kemungkinan banjir susulan hujan yang telah berlanjutan lebih 24 jam.

Menurutnya, amaran itu keluarkan selepas empat sungai utama telah melepasi paras bahaya.

“Perhatian warga Kuala Lumpur. Empat sungai utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sg Batu di Sentul, Sg Klang di Tun Perak, Sg Gombak di Jln Tun Razak dan Sg Kerayong di Razak Mansion.

“Bersedia dengan segala kemungkinan banjir,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter rasminya sebentar tadi.

Tambahnya, sebarang aduan banjir, sila hubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian - 0322028142 atau aduan melalui SISPAA JPS

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakan mereka berdoa supaya Malaysia diselamatkan daripada sebarang bencana banjir.

“Ya Allah selamatkanlah Malaysia daripada banjir yang teruk”

“Hujan masih tak berhenti ni, marilah berdoa supaya hujan stop”

“Makin teruk, paling teruk kali ni, harap hujan reda,” tulis beberapa netizen.