,
Laman Utama

47,000 Buah Buku Dicetak Sempena Hari Jadi Azizan Osman, Apa Yang Special Sangat Tu?

Amri Hassan
14/11/2021
17:46 MYT
Kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47 Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd., buku terbaru tersebut dicetak sebanyak 47,000 naskah untuk diberikan secara percuma kepada peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga.
"Buku bertajuk 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation ini mengandungi pengajaran dan inspirasi daripada orang, bisnes dan hasil sebenar yang dialami mereka.
"Mereka ini berasal daripada pelbagai latar belakang seperti anda, ada suri rumah, pekerja profesional, swasta mahupun kerajaan.
"Bisnes dijalankan terdiri sekitar 20 industri berbeza seperti pertanian, makanan, fesyen, kecantikan, pembinaan, perkilangan dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Majlis Pelancaran Buku 100 Usahawan Jutawan baru-baru ini.
Program Wanita Bangkit Berniaga akan diadakan pada 26 - 28 November anjuran RichWorks dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tambah Radz, terdapat pelbagai tip penting bagaimana mereka ini bukan saja bertahan malah berkembang meskipun ketika pandemik bermula tahun lalu.
"Buku setebal 600 muka surat ini sebenarnya berharga RM47 sempena hari jadi pengasas RichWorks namun peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga hanya perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM15 bagi lokasi di Semenanjung dan RM20 (Sabah & Sarawak).
"Bagi mereka tinggal di luar negara, kos penghantaran perlu ditanggung mengikut tempat mereka. Bagaimanapun, para peserta Wanita Bangkit Berniaga tidak perlu membayar sebarang kos bagi mendapatkan e-buku bermula hari ini," jelasnya.
Radz berkata, peserta Wanita Bangkit Berniaga nanti bukan hanya akan mendengar perkongsian secara langsung lebih 30 usahawan jutawan ini malah berpeluang memulakan bisnes bersama mereka ini dengan modal rendah malah ada juga tanpa modal.
"Perkongsian secara ‘live’ pada hujung bulan ini, ditambah dengan buku 100 Usahawan Jutawan pastinya akan memberikan lebih banyak inspirasi, idea dan memberikan seseorang itu keyakinan untuk melakukan tindakan seterusnya.
"Cara pantas dan berkesan untuk mendapatkan hasil dengan mengikut apa yang orang lain lakukan di samping membuat sebarang penambahbaikan mengikut keadaan semasa," ujarnya.
Untuk mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga dan mendapatkan buku 100 Usahawan Jutawan ini, layari www.wanitabangkitberniaga.com sekarang.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jutawan Tudung Terbuka Kongsi Harga Pakaian & Aksesori Cecah RM150,000 - "Saya Pakai Simple Je"

gempak
16/10/2024
05:55 MYT
Usahawan tudung bawal terkenal, Haliza Maysuri sekali lagi mencuri tumpuan khalayak menerusi video yang menyenaraikan harga pakaian dan aksesori yang dipakainya ke sebuah acara baru-baru ini.
Hiburan

Haliza Maysuri Tunjuk Cara Sebenar Makan Caviar, Beri Pesanan - “Jangan Main Order Saja, 100g Je Dah Dekat RM1,000”

gempak
06/10/2024
08:25 MYT
Usahawan dan jutawan tudung Bawal Exclusive Haliza Maysuri menjadi perhatian netizen selepas berkongsi cara-cara menikmati juadah mewah iaitu Kaviar.
Viral

GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

gempak
22/09/2024
02:55 MYT
Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Hiburan

Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

gempak
14/07/2024
00:03 MYT
Buku novel yang ditulis oleh personaliti media sosial, Aisyah Hijanah berjudul Selama Nafasku Berhembus kini menjadi tular di media sosial.
BorakSeeni