Anak mendapat tempias selepas ibu dan ayahnya merupakan public figure.

Lebih-lebih lagi datang dengan pakej cantik dan sedap mata memandang, popularitinya boleh melebihi kedua orang tuanya.

Di sini, Gempak kongsikan lima selebriti popular yang mempunyai anak dara:

1. Kasih Iris Leona



Merupakan anak kepada pelakon dan arkitek Azhar Sulaiman bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin.

Hasil perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.

Instagram @kasihirisleona sudah mengumpul lebih 200,000 pengikut (followers).

2. Marissa Dania



Gadis berwajah lembut ini merupakan anak kepada pelakon dan pengacara Norman Hakim dan aktres Abby Abadi.

Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Instagram @marissadania_ sudah mengumpul lebih 300,000 pengikut (followers).

3. Nur Dayini Asyiqah



Merupakan anak tunggal kepada penyanyi dangdut tempatan Mas Idayu.

Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2006.

Instagram @d4nny.shah sudah mengumpul lebih 150,000 pengikut (followers).

4. Fadira Fatini Kazaruddin



Merupakan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi.

Sebelum ini, nama Fadira pernah menjadi tumpuan selepas foto mencium pipi seorang lelaki tersebar di aplikasi WhatsApp.

BACA: Foto Anak Cium Lelaki: Kazar Beri Komen

Instagram @irakaza sudah mengumpul lebih 130,000 pengikut (followers).

5. Dwi Ariana & Dahlia Arissa



Merupakan anak kepada aktor Datuk Aaron Aziz bersama isteri, Datin Diyana Halik.

Selain Dwi dan Dahlia, Aaron dan Diayana turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Danish Anaqi.

Instagram @dwiarianaaaron sudah mengumpul 90,000 manakala @dahliaarissaaaron sebanyak 60,000 pengikut (followers).