gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Buat Apa Nak Buka Aib Sendiri” - Nelissa Nizam Enggan Popular Sebab Kontroversi

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
09/03/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
"Buat Apa Nak Buka Aib Sendiri” - Nelissa Nizam Enggan Popular Sebab Kontroversi
Pelakon, Nelissa Nizam menegaskan dia mahu membina nama dalam industri seni lakonan dengan usaha dan bakat sendiri, bukan kerana kontroversi yang terpalit atas dirinya.
Jelas aktres yang berusia 27 tahun itu, perjalanan sebagai anak seni bukan sekadar mengejar populariti, tetapi lebih kepada sebuah maraton yang memerlukan mereka bekerja keras serta perancangan yang teliti dalam membina nama mereka.
"Bagi saya, dalam industri lakonan ini kita macam maraton. Kita kena bekerja keras untuk naikkan nama melalui bakat sendiri.

"Kalau nak cepat naik, kena ada perancangan dalam pelbagai cara, tapi bila naik terlalu cepat, ada risiko untuk jatuh dengan cepat juga. Itu yang saya cuba elakkan," katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis Fiziwoo Raya25 Collection Iftar Soirée di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur baru baru ini.

Malah, Nelissa percaya perjalanan karier yang perlahan dan konsisten itu adalah lebih baik berbanding menggunakan jalan pintas seperti mencipta kontroversi atau melakukan perkara tidak sepatutnya hanya untuk meraih perhatian.

"Saya tak mahu dikenali hanya kerana kontroversi. Buat apa nak reka kontroversi untuk buka aib sendiri, kan? Saya lebih selesa dikenali kerana hasil kerja saya dalam industri.

"Saya percaya kalau kita betul-betul berbakat dan bekerja keras, orang akan nampak usaha kita. Populariti itu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu cari jalan singkat," jelasnya.
Terdahulu, ibu kepada pelakon Nelissa Nizam, iaitu Ayu Manaf, menafikan pendedahan yang dilakukan oleh aktres tersebut mengenai kisah remajanya yang dikatakan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Baru-baru ini, Nelissa menyatakan kontroversi bersama ibunya itu sudah berakhir dan kini mereka sudah kembali baik seperti sedia kala.

BERITA BERKAITAN: Kemelut Dengan Ibu Selesai, Nelissa Nizam Puasa Bersama Keluarga - "Apa Yang Datang Saya Anggap Ujian"

BERITA BERKAITAN: “Semua Orang Ada Masalah Sendiri” - Nelissa Nizam Enggan Kongsi Isu Melibatkan Ibu, Mahu Selesaikan Secara Peribadi

BERITA BERKAITAN: "Yang Didera Itu Saya, Bukan Dia” - Ibu Nelissa Nizam

BERITA BERKAITAN: Nelissa Nizam Sedih The Gadys Dikecam Teruk! -"Saya Terasa Jugalah Orang Kata Macam-Macam, Tapi ..."

Topic Berkaitan
#Kontroversi
#Popular
#Murahan
#Nelissa Nizam
#enggan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement