5 Hari Demam, Muntah-Muntah, Kaki Sejuk, Yana Samsudin Dedah Punca Anaknya Sakit

Syafiqah Jalal
Ogos 27, 2018 06:15 MYT
Pelakon Yana Samsudin akui lega apabila anaknya, Aisy Mateen, 2, sudah semakin sembuh selepas demam dan jatuh sakit selama lima hari.
Yana Samsudin berkata sejak lima hari lalu anaknya ada mengadu sakit tetapi tidak tahu hendak menjelaskan kesakitannya itu kerana masih kecil.
“Dia ada mengadu sakit sakit sebelum, tapi bila kita tanya sakit kat mana dia tak tahu nak tunjuk. Kejap kat perut, kejap kat bahu. Sebab dah 5 hari demam panas suhu tak turun langsung,” katanya.
Pelakon Adnan Sempit itu berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Yana selepas membuat pemeriksaan dengan doktor dia telah berusaha untuk berubat dengan seorang nenek yang boleh mengurut di kampungnya di Yong Peng, Johor.
Ketika perjalanan, Yana menyedari tangan Mateen ada tanda biru dan menangis sepanjang perjalanan.
“Mommy (Yana) tengok tangan Mateen ada tanda biru, pastu nangis tak henti henti sepanjang perjalanan, muntah muntah, kaki sejuk, rupanya betul terseliuh dan dada terhentak benda keras,” tulisnya.
Yana bagaimanapun bersyukur kerana selepas diurut oleh seorang nenek, demam anaknya kebah.
“Lepas urut, terus kurang panas badannya, wallahualam.. Mungkin masa main dia terjatuh. Biasa lah budak budak tengah aktif, lasak,” ceritanya lagi
#pelakon #Yana Samsudin #Pelakon #Aisy Mateen #Demam #Urut