Bakat baru yang semakin dikenali ramai, Haqiem Rusli kini muncul dengan single kedua yang berjudul Tergantung Sepi.

Masih mengekalkan komposer dan penulis lirik yang sama, Gouffran dan Ibnu, lagu ini baru sahaja dilancarkan di pada 14 April lalu di laman YouTube.

Haqiem mencipta fenomena tersendiri kerana selepas lima hari lagu tersebut dilancarkan, Tergantung Sepi berjaya meraih sejuta tontonan di laman YouTube.

Selain itu, video lirik untuk lagu tersebut juga mendapat tempat ke-10 dalam video paling trending di Malaysia.

Haqiem berkongsi berita gembira ini di laman Instagram miliknya, @haqiemrusli98_.

“TERGANTUNG SEPI! 5 days cecah 1 MILLION. Trending 10 Malaysia! Pakai headphone, jom kita dengar luahan sakit lagu ini,” tulis Haqiem.

Sebelum ini, Haqiem meraih popular menerusi single pertamanya yang berjudul Segalanya yang turut dicipta oleh Gouffran dan Ibnu.

Sehingga kini, video lirik Segalanya meraih hampir lima juta tontonan manakala muzik video Segalanya meraih enam juta tontonan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

TERGANTUNG SEPI 5 days cecah 1 MILLION Trending 10 Malaysia! Pakai ? jom kita dgr luahan sakit lagu ini!

A post shared by #SEGALANYA #TERGANTUNGSEPI (@haqiemrusli98_) on