Berita

5 Iklan Raya Terbaik Pilihan Gempak!

Kamaruddin Razal
12/06/2018
10:41 MYT
Kehangatan sambutan Aidilfitri semakin dirasakan. Begitu juga dengan iklan Raya yang menjadi sebutan netizen.
Pelbagai syarikat berlumba mengeluarkan iklan bersempena sambutan Syawal dan ada iklan yang berjaya menarik minat penonton.
Pelbagai iklan yang terhidang menjentik perasaan orang ramai, sama ada ia melucukan atau menyedihkan.
Kami senaraikan lima iklan Raya pilihan Gempak:
1) Gaya Raya Paling Ori - Astro
Menghiburkan! Iklan Raya ini mengisahkan mengenai Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana Syawal.
2) Dalam Hati Opah - Habib Jewels
Iklan Raya ini pastinya menyentuh hati. Mengisahkan mengenai pengorbanan seorang nenek dalam membesarkan cucunya.
3) Rumah Epik Fantastik - TNB
Melucukan! Iklan ini mengisahkan mengenai seorang remaja yang tinggal di rumah kampung. Remaja lelaki itu stres menjelang Raya kerana terdapat 10 keluarga pulang bersama-sama!
4) Janji Amin - DBKL
Sedihnya! Janji Amin yang menampilkan lakonan Khatijah Tan dan Syafie Naswip meruntun hati penonton. Mengisahkan mengenai seorang anak yang tak dapat pulang berhari Raya kerana kekangan kerja.
5) Bisik Hati Mak - Telekung Siti Khadijah
Meruntun jiwa! Kisah antara ibu dan menantu mualaf ini pasti mengundang air mata mereka yang menontonnya.
Teks: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!

gempak
17/04/2024
13:48 MYT
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Hiburan

Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

gempak
08/04/2024
13:55 MYT
Pencipta kandungan dan pelakon, Aizat Saha menzahirkan rasa syukur atas pelbagai peluang dan tawaran yang diberikan kepadanya sepanjang bulan Ramadan.
Laman Utama

Tan Sri Michelle Yeoh Suka Iklan Raya Bersifat Majmuk, Bicara Tentang Simpan Trofi Oscar Di Ipoh!

gempak
21/04/2023
01:50 MYT
Pemenang Oscar pertama Asia sempat berkongsi cerita ketika pulang ke Malaysia.
Laman Utama

Alamak! Satu Kampung Jadi Lesu Macam Zombie Ke? Apakah Puncanya? Boleh Ke Dato' Sri Siti Nurhaliza & Lee Minho Bantu Dengan CUCKOO Ni?

gempak
13/04/2023
03:06 MYT
Kalau nak lawan lesu, kenalah ada CUCKOO!
Laman Utama

[VIDEO] Iklan Raya Astro, Pertemuan Dua Hati Diinspirasikan Oleh Chee Hoi Lan & Rohana Abdullah Sentuh Perasaan Penonton

gempak
11/04/2023
11:43 MYT
Sebak tengok iklan raya ni, memang power.