Melihat pada lanskap industri hiburan K-Pop, kita dapat saksikan ramai antara K-Pop Idol yang berjaya meraih sukses dalam karier mereka. Namun, tahukah anda, ada antara K-Pop Idol yang lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang berada?

Jom semak senarai ini:


1. Tzuyu (Twice)

Sebelum debut sebagai bintang K-Pop bersama Twice, ibu bapa Tzuyu merupakan usahawan pasar malam berjaya. Kemudian, mereka mengembangkan cabang perniagaan dan kini memiliki beberapa klinik kosmetik serta hospital di China dan Taiwan. Selain itu, ibu Tzuyu juga memiliki sebuah kafe.



2. Nichkhun (2PM)

Berasal dari Thailand, bapa Nichkhun merupakan ketua pegawai eksekutif di salah sebuah syarikat farmaseutikal tersohor di sana. Pelakon filem Brother Of The Year itu juga mendapatkan pendidikan di Whanganui Collegiate School, iaitu antara kolej berprestij di New Zealand.



3. Siwon (Super Junior)

Sungguhpun Siwon kini merupakan seorang K-Pop Idol yang sangat berjaya, namun, dia juga membesar dalam keluarga yang berada. Bapanya merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Boryung Pharmaceutical dan ibunya juga memiliki bisnes pakaian dalam wanita yang berjaya.



4. Chenle (NCT)

Dikhabarkan, Chenle merupakan cucu kepada seorang konglomerat berpengaruh di Shanghai, China. Hal ini dapat dilihat menerusi gambar-gambar comel yang memperlihatkan kehidupan mewah Chenle sewaktu sebelum debut sebagai anggota NCT Dream.



5. Jay (Enhypen)

Bapa kepada Jay, iaitu James Park merupakan Presiden Sinar Tours, iaitu agensi pelancongan yang menyasarkan kemasukan pelancong Korea Selatan ke negara Brunei. James juga merupakan rakan kongsi bagi syarikat berkenaan.



Sumber: Koreaboo, Yaay dan Ayland (Youtube)