Hiburan

5 Lokasi Bercuti Awesome Pilihan Saharul Ridzwan

gempak
Syafiqah Jalal
13/03/2017
05:37 MYT
Sponsor Banner
5 Lokasi Bercuti Awesome Pilihan Saharul Ridzwan
Ada banyak cara untuk melepaskan penat dan salah satunya adalah bercuti.
Kata Saharul yang merupakan duta kepada hotel Erya by Suria, dia akan cuba mencuri masa untuk bercuti sekali-sekala bagi menyegarkan diri dan minda sebelum kembali bekerja.
Ditanya 5 tempat yang mahu dikunjungi, jawab Saharul Yogyakarta (Indonesia), New Zealand, Iceland, United Kingdom dan Maldives adalah pilihannya.
Bagaimanapun, kami senaraikan 5 tempat menarik yang pernah dilawati Saharul dan disifatkan paling awesome!:
1) Mekah, Arab Saudi
Kali pertama Saharul ke Mekah adalah pada tahun 2015 bersama-sama keluarga tercinta untuk menunaikan umrah. Kemudian pada awal tahun ini, pelakon itu sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
"Saya cerewet dalam soal makan, jadi apabila berada di Mekah tiada kesukaran pun untuk mencari makanan halal. Malah, percutian bersifat kerohanian itu juga sangat bermanfaat. Sambil berjalan sambil beribadah," kata Saharul.
Dua negara Islam yang turut menarik minat Saharul untuk berkunjung adalah di Turki dan Dubai.
2) Singapura
Kecenderungan Saharul untuk menjelajah kota metropolitan menjadikan Singapura antara lokasi kerap kunjung pelakon drama Rumi & Jawi itu.
"Rasanya sudah lebih 10 kali saya ke Singapura. Mungkin kerana saya sangat sukakan kehidupan di bandar berbanding tepi pantai," tambahnya.
Saharul bakal ke Singapura pada bulan April dan Mei untuk acara meet & greet bersama peminatnya di sana.
3) Kelantan, Malaysia
Sudah pasti tempat paling ideal untuk bercuti melepaskan penat bekerja adalah di kampung halaman sendiri. Kata Saharul, apabila pulang ke kampung keluarga di Kelantan dia dapat mengimbau banyak memori selain peluang berhimpun bersama kenalan lama.
"Apabila pulang ke kampung sendiri di Tumpat dan Pengkalan Kubor, sudah pasti banyak kenangan yang menggamit. Tambah pula Kelantan terkenal dengan syurga makanan. Nasi Kak Wok original ada di sana dan macam-macam lagi," ujar Saharul.
Kredit foto: Crystal Lodge Hotel
4) New York, Amerika Syarikat
Pernah menjejakkan kaki di lokasi ikonik Times Square, New York pada Januari tahun lalu, Saharul mengakui dia sangat teruja dan mengimpikan untuk kembali ke sana suatu hari nanti.
"New York terkenal dengan pusat perkembangan seni, lihatlah kewujudan pelbagai panggung teater di sana sudah pasti ia lokasi paling tepat untuk belajar tentang lakonan," katanya yang pernah berdepan dengan detik cemas ribut salji ketika di sana.
Ketika berada di sana juga, Saharul berpeluang menyambut ulangtahun kelahirannya ke-27.
5) Pulau Lang Tengah, Terengganu, Malaysia
Satu-satunya lokasi percutian tepi pantai yang menjadi pilihan Saharul untuk dikunjungi.
"Di pulau itu, saya dapat melihat keindahan batu karang yang sangat cantik selain ombak yang tenang. Malah, oleh kerana tempat itu jarang dikunjungi pelancong maka ia sangat sunyi dan mendamaikan," tambah Saharul.
Kali pertama ke pulau itu sekitar lima tahun lalu ketika bercuti bersama sahabat rapatnya ketika belajar.
Kredit foto: Travyde
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: IG @saharulridzwan, Unscrambled.sg
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live