,
Suudu

5 Makanan 'Sungkai' Popular Wajib Di Sabah

Amri Hassan
13/06/2017
08:04 MYT
Baru-baru ini, Astro Gempak sempat ke Bazaar Ramadan Gaya Street, Kota Kinabalu Sabah untuk rakaman Sajian Hati Digi bersama Akim dan Stacy.
Selama dua hari mengunjungi bazaar tersebut, Astro Gempak berjaya berjumpa juadah sungkai yang menarik dan enak di sana.
Menurut penduduk tempatan lima makanan yang mesti ada menjelang Ramadan ialah:
1. Berobok Jika anda pernah dengar bubur jagung, anda boleh bayangkan Berobok ini hampir serupa dengannya. Cuma di Sabah mereka campurkan bubur jagung itu dengan nasi atau pulut. Rasanya lemak manis rasa jagung.
2. Hinava Hinava sejenis makanan exotic tradisi kaum Dusun Kadazan. Ia diperbuat daripada ikan mackerel bersama bahan-bahan lain seperti bawang kecil, halia, perahan limau dan cili potong.
3. Kuih Kocong Kuih tradisional Sandakan Sabah ini ada juga di jual di bazaar Ramadan di sana. Kocong ini sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut berintikan kacang. Ia dibalut dengan daun pisang.
4. Murtabak Jawa Berbeza dengan Murtabak di semenanjung, di Sabah ia di masak di atas kuali leper yang dipenuhi minyak. Intinya juga hanya sayur iaitu kobis dan lobak merah. Ia digoreng dengan minyak yang banyak. Rasanya juga pasti berbeza.
5. Nasi Kuning Nasi kuning ini biasa di makan waktu pagi untuk sarapan masyarakat di Sabah. Namun di bazaar ramai peniaga yang mengambil kesempatan menjualnya. Nasi kuning di makan dengan pelbagai lauk tetapi kebanyakan penjual menjual nasi kuning bersama ikan dan ayam goreng serta kuah kari. Ada juga menjualnya dengan lauk ayam masa merah dan sebagainya.
*Nota: Sungkai bermaksud buka puasa dalam dialek Sabah.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.
Berita

Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat

gempak
04/05/2024
06:25 MYT
Syukur mangsa selamat.
Viral

Kecoh Bila Kereta Audi Rentung Di Kawasan Perumahan Menjelang Syawal… Apa Sebabnya?

gempak
08/04/2024
03:55 MYT
Berbaki beberapa hari menjelang Aidilfitri, satu keluarga diuji dengan dugaan berat apabila kenderaan mereka terbakar dipercayai disebabkan terkena bunga api. Menerusi posting yang dibuat oleh seorang pengguna Platform X, individu itu mendakwa kereta berjenama Audi tersebut rentung disebabkan oleh tindakan anak kepada jiran mangsa yang membakar
Berita

Masjid Di Kajang Laung Azan 4 Minit Awal, Penduduk Yang Dengar Wajib Ganti Puasa

gempak
31/03/2024
14:44 MYT
Isu masjid melaungkan azan Maghrib yang juga menjadi panduan umat Islam berbuka puasa lebih awal nampaknya berulang lagi untuk Ramadan tahun ini.
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

gempak
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid. Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.  Menurut individu it
Unitar