Hetty Koes Endang, nama yang tidak asing lagi dalam industri seni di Indonesia dan negara nusantara lain termasuk Malaysia!

Beberapa kali muncul sebagai juri di rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza, pelantun lagu Berdiri Bulu Romaku itu terus mencuri hati peminatnya saban waktu.

Malah, Hetty, 64, juga menjadi antara juri favourite yang sering dinantikan peminat setia Gegar Vaganza setiap tahun! Lincah, bijak, peka dan berilmu, itu kualiti yang ada pada seorang Hetty Koes Endang.

Berikut Gempak kongsikan beberapa momen yang masih viral sepanjang Hetty menjadi juri Gegar Vaganza dan persembahan beliau di Malaysia.

1. Jangan terlalu ahak ahak!

Momen penjurian Hetty untuk penyanyi Singapura, Wann pada Gegar Vaganza 2019 masih tular dan segar dalam ingatan penonton.

Wann yang ketika itu menyanyikan lagu Bossanova dikomen oleh Hetty dengan menitipkan pesan agar mengawal nyanyiannya dan tidak terlalu 'ahak ahak'.

Hal itu mengundang tawa seisi dewan dan juri jemputan.

BACA: GV2019: "Kita Tak Sempurna..." - Wann Komen Isu Terlebih 'Ahak, Ahak'!

2. Berdiri Bulu Romaku

Sedutan dari konsert Satu Suara Vol 2 kira-kira tujuh tahun lalu kembali tular sejak 2021. Dalam konsert terbabit, Hetty diundang untuk berkongsi pentas bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ketika menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku, Hetty berinteraksi dengan penonton dan bersahut dengan Siti dengan gaya yang unik.

Aksi kedua-dua penyanyi hebat itu tular hingga diparodikan di media sosial hingga kini.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)



Membalas balik momen yang viral itu, Siti dan Hetty yang dipertemukan dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini menyanyi balik lagu itu sepertimana sedutan konsert yang viral. Naik sheikh!!!


3. Spontan jer seru Leman Band

Video nyanyian lagu Fantasia Bulan Madu bersama Aweera juga menjadi momen viral pada GV8 kali ini. Aweera dipuji peminat terutama dari Indonesia yang selamba menyanyi lagu bernotasi tinggi itu sambil tersenyum.

BACA: "Merinding, Gi Mana Tarik Tinggi Sambil Senyum?" - Karen Banget! Nyanyian Aweera Viral Sampai Ke Indonesia

Oh ya! Sepanjang GV8 juga Hetty kerap menyeru Leman Band untuk memainkan semula muzik spontan mengikut kehendaknya. Tak ada alasan untuk penonton sama-sama belajar dan terhibur dengan keletah beliau.

4. Tembak & Gebrek

Jika dahulunya Hetty terkenal dengan trademark 'tembak', sebagai tanda semangat dan ekspresi luar biasa terhadap persembahan bintang GV.

Namun, tahun ini, Hetty memperkenalkan trademark baharu iaitu 'gebrek' yang bermaksud hebat. Sa.Ya antara bintang GV8 yang mendapat pujian itu dari Hetty.

Sebenarnya, menerusi beberapa persembahan di Indonesia sebelum ini pun sejak 2016 lagi, Hetty kerap kali menggunakan perkataan 'gebrek' sebagai perlambangan setiap kali muncul di kaca televisyen. She knows showbiz!

5. Naik pentas, tepuk perut Nikki Palikat

Momen paling epik sebenarnya ketika konsert ketujuh GV8 dua minggu lalu ketika segmen terakhir Menurut Bonda.

Dalam segmen terbabit, Hetty yang perlu menjurikan dua bintang terakhir membuat persembahan iaitu Nikki Palikat (Rindu) dan Adibah Noor (Berdiri Bulu Romaku) tanpa segan silu naik ke pentas hingga mengundang jeritan penonton.

Sambil memberikan komen yang melucukan untuk kedua-dua bintang itu, Hetty sempat memberikan tips cara nyanyian lagu-lagu miliknya dan tidak semena-mena menepuk perut Nikki.

Tidak mustahillah rating pada episod terbabit mencecah 2.17 juta penonton! Fuh, powerlah Bunda!

BACA: Corat-Coret GV8: Joget 'Pak Maun' Shidee, Perut Nikki Kena Tepuk & Seluar Ketat Tok Ram?

Gegarvaganza - Bunda Petik

Dalam perkembangan lain, program khas berjudul Gegarvaganza - Bunda Petik episod pertama akan disiarkan pada Sabtu ini di saluran Astro Ria.

Gegarvaganza - Bunda Petik merupakan siaran satu jam menampilkan Hetty Koes Endang yang akan berkongsi perjalanan muzik bersama peserta Gegar Vaganza.

Versatiliti Hetty menjadikan beliau terus unggul sebagai penyanyi dan tiada siapa dapat menandingi kehebatannya menjurikan pentas acara berprestij seperti Gegar Vaganza!

Malah, aksi-aksinya sepanjang bersama Gegar Vaganza pernah tular sebelum ini.

Gegarvaganza - Bunda Petik akan disiarkan pada hari Sabtu (15 Januari 2022) pada pukul 10 malam dan episod keduanya pada 22 Januari waktu sama.