Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera mencuri tumpuan ramai apabila video dia membawakan lagu Fantasia Bulan Madu (Search) ketika sesi penjurian Ahad lalu, tular di media sosial.

Bukan saja di Malaysia, malah sedutan video nyanyian Aweera itu turut menjadi perbualan 'hangat' di Indonesia.

Semuanya gara-gara video yang dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram Indomusikgram yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 1.8 juta.

"Dua-duanya punya suara yang menggelegar luar biasa.

"Petjah banget ni, Aweera x Hetty Koes Endang," tulis pengendali akaun tersebut.

Susulan daripada rakaman itu, posting berkenaan terus 'dibanjiri' dengan komen netizen daripada negara jiran itu.

Menerusi pemantauan Gempak, rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa kagum mereka dengan suara bernada tinggi Aweera.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji juri tetap Hetty Koes Endang kerana pandai mencari kelebihan Aweera dengan memberi cabaran menyanyikan lagu 'berhantu' Search itu.

"Merinding, gi mana Aweera boleh tarik nada tinggi sambil tersenyum".

"Karen, di sana udah boleh ada penonton".

"Keran banget itu suara," tulis beberapa netizen.

Tidak cukup dengan itu, vokalis kumpulan Gigi Armand Maulana juga turut meninggalkan komen.

"Hahaha puas siahhhh di marahin ku Teh @hke57 mahh," tulisnya.

Anda boleh lihat posting di bawah.

A post shared by INDOMUSIKGRAM (@indomusikgram)

Sekadar info, Aweera pada konsert ketujuh GV8 Ahad lalu, memperoleh markah sebanyak 57.5%.

Aweera yang membawakan lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz Suip walau bagaimanapun hanya mampu berada di kedudukan ke tujuh.

BACA : GV8: Berdepan Masalah Intonasi, Bandi Amuk Tersingkir Minggu Ke-7! Markah Tipis Dengan…